Saturday, 29 November 2014

dugaan

alhamdulillah, pada akhir bulan november ni dan pada hujung tahun ini, aku pun da mencecah umur 21, dan insya-Allah tahun depan aku da mencapai umur 22 tahun. sungguh tak sangka begitu cepattt je masa berlalu, smpai aku sendiri tak sedar yang aku semakin dewasa. haihhh, dan pada hari ni aku masih sihat, masih boleh makan lagi, masih boleh berjalan lagi, masih dapat menlanjutkan pelajaran, tu semua ketentuan Tuhan yang Maha Esa yang membuatkan aku boleh mencapai sampai ke tahap sini. dan aku pun bakal menduduki peperiksaan pada bulan depan, alahaii, dan juga berakhir juga semester 4. Ya Allah~~ fatihah sedar sikit diri tuuuuuuu, jangan lalai sangattt, hmmmmm, aku memeng terasa tough sgt sem ni, aku rasa macam2 aku dapat rasa, dan juga macam2 dugaan aku dapat, dari masalah sesama manusia, masalah harta benda, ya Allah, mungkin dgn cara ini engkau dapat sedarkan aku yang sedang lalai ni, kau telah hadirkan seseorang yang membuatkan aku selalu mengingati engkau. walaupun aku menyesal kenal orang itu, tapi aku percaya ada hikmah disebalik berlaku ni, kalo aku tak kenal orang itu mungkin aku semakin lalai dalam masalah dunia ni. dan aku mula sedar bila masuk di dunia dewasa ni, aku perlu kenal orang, aku perlu buat keputusan sendiri, perlu bergantung kepada diri, aku perlu kuatkan hati untuk menghadapi semua masalah dan dugaan.hmmmmm....... yaa, aku mengaku tahun ini la aku rasa banyak ada masalah hati, banyak keluarkan air mata, dari awal tahun sampai sekrang. dan aku masih ingat lagi segala masalah dari awal tahun sampai sekarang. Fatihah ini baru sikit, belum masalah sangat besar, jangan mudah mengalah dan jangan mudah putus asa. dan Fatihah berfikiran la positif macam kawan ko cakap tuu, jgn biarkan unsur2 negatif sampai kat otak ko, Fatihah ko jangan fikir2 bukan, please believe yourself dan believe yang setiap masalah yang Allah bagi mesti ada jalan penyelesaian cuma cepat atau lambat sje . apa2 pun ko bergantung dgn Allah, jgn terlalu bergantung dgn manusia, please Fatihah..............hati ko tu kene kuatttttt,,, be strongg FATIHAH!!!!!!!

Tuesday, 26 August 2014

Syawal

Suka. Ceria. Maaf. Bersalaman. Baju baru. Tudung baru. Kasut baru. Duit raya. Cuti. Alhamdulillah ke hadrat Illahi. Kita berjumpa lagi di bulan syawal ini. Masa ini lah kita akan berjumpa sanak saudara yang hanya berjupa setahun sekali. Tahun depan jumpa lagi muka da lain sebab melalui proses permatangan. Maknanya umur da meningkat la. Tahun depan jumpa lagi. Da bertambah family baru, maksudnya da berkahwin dan dapat anak. Semua itu adalah proses kehidupan ataupun lumrah semulajadi  dalam kehidupan manusia, mempunyai keluarga sendiri, anak sendiri, kerjaya sendiri, rumah sendiri, kereta sendiri. Okay, ayat aku tu macam power sangat je. Ikut gaya novel sebenarnya, haha. Cehhhh. Hari ini 26 ogos bersamaan hari terakhir di bulan syawal. So selesai la pegi beraya rumah orang. Selesai mengutip duit raya. Haha. Macam budak budak padahal umur nak mencecah 21 tahun. Tak pe, selagi muka ni macam budak sekolah, selagi tu dapat collect duit raya haha. Okay tak. kesimpulan aku salah. Selagi tak keje selagi tu boleh collect duit raya. heee. sebab adik aku nk keje da tahun depan, so tahun depan dia tk dapat duit raya la hahaa. okay tahu, apasal tetiba adik aku dapat keje dulu dari aku selaku kakak sulung, disebabkan dia masuk kolej kemahiran, dia telah ditawarkan kerja sebagai technician di sebuah syarikat dekat damansara. alhamdulillah rezeki dia dulu. aku rasa adik aku ni boleh kawen awal ni, haha tetiba. yela bila kerjaya da ada, samada dia nak sambung belajar lagi ataupun dia nak menamatkan zaman bujang je la, hahaaaa, okayy, aku da merapu sangat sangat ni.sekian dari saya ,selamat hari raya maaf zahir batin dari saya ^-^

Friday, 4 July 2014

Ramadhan 2014

Alhamdulilah kita berjumpa lagi ramdhan kali ini dgn suasana yang baru, tempat yg baru, kawan yg baru, lecterur yg baru subjek yg baru, dan kos yang baru, dan alhamdulillah kali ni ramadhan tiba time kiteorng final , semoga berkat bulan yg mulia ini dpt barokah untuk result final nnti, heheeee lagi pun lagi seminggu final nk habis so ada kesempatan nk berpuasa di rumah, kali ini sejak sekalian lama nyee dapat berpeluang beraya sakan hehee sbb cuti semm betul2 time bulan ramadhan dan syawal yeayy!!!! Walaupun da besar suasana pun da lain, semua sepupu da ada family sendiri tpi harapan meriah tu mesti ada punye laa, still ziarah rumah yg samaa kampung yg samaa walaupun setiap kali masuk raya mesti ada orang baru hehee brtambah tambah la sampaikan nk ambik gambar reramai da tak tahu nk ambik gmbr kt mne daa sbb tk muat daa, dulu kecik2 lagi tk pe laa..hahaa teringat time kecik2 beraya kt kmpung walaupun kampung dekt dgn rumah, yelaa duduk kt kmpung jugak tk kemana pun kt situ tmpt kelahiran abah aku kt situ jugak la tempat kelahiran aku dan adik2 ak dan sepupu2 aku,, kt situ sekolah abah aku kt situ jugak la sekolah aku jugakk hahaaa memng kmpung betul haha azam bulan puasa tahun ni nak jadi lebih baik daripada bulan puasa sebelum ni, cuma kne pndai rajinkan diri dan displin kan diri supaya tak malas sbb bukan selalu jumpa pun bulan yg mulia buat benda sunat je dapat pahala berganda2 belom buat perkara wajib pahala nye lagi berganda ganda tu tk nk lepas peluang langsung, sekarang umur da semakin semakin meningkat da , sebelum aku sakit sebelum aku sempit baik aku penuh kan masa kelapangan aku dgn perkara2 yg boleh dapat pahala ajak kawan buat pahala pun kita dapat saham jugakk baguskann so sebagai seorang muslimah yang tidak sesempurna mana masih proses dalam mendisplin kan diri masih dlm untk munasabah diri masih nk membetulkan diri ye laa kekadang diri aku juga alpa lupaa diri dan buat dosa jugak, ak yg dulu da tk sama dgn aku yg sekrang aku sedar berubahan yg berlaku ni, huhuhu jadi dalam bulan mulia mari la meriahkan dgn perkara2 boleh mebdapat keredhaaan Allah. Ramdhan karemm semua wasalamm ����

Monday, 24 February 2014

Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)

alhamdulillah, pada 30 hb januari malam, setelah kawan kawan aku siap call msg aku paksa ak tgok petang tu,tpi petang tu aku keluar, so bila balik rumah je, aku terus on laptop, nak tgok result, haha, tpi sebelum tu, aku call dorang semua tnye dulu, dorang dapat kt mne, memng bergayut je malam tuu, baru la aku check, alhamdulillah aku dapat tawaran dalam sarjana muda sains komputer di uitm jasin, melaka. kampus baru tuu, baru siap, orang pun tk ada lagi, huhuhu, ermm, tapi tk dapat kolej, huhuhu, so terpaksa la mencari rumah sewa yg tak berapa ada, ada pun agak mahal la, huhuhu

sebulan lepas tu , aku dapat panggilan dari uitm jasin, dia nak inform yang hari pendaftaran dipercepatkan ke 1 hb mac, huhu hari sabtu,, ermm, ada mps pulak (minggu pemangkin siswa) tak tahu mps tu mcm mane, harap tk macam mds la, hhuhu, tu pun nasib baik 4 hari je,, huhuhu, so aku pun tak tahu mcm masuk degree nanti, lagi susah dari diploma kee lagi struggle kee,, semoga segala urusan dipermudahkan, berserah je pada Yang Maha Esa,, ermm, ni pun aku tak tahu nak dok kolej dulu ke, nak duduk kt tmpt mcm hostel tu, tpi kalo duduk kolej boleh tahan la mahal, dan aku ni masih belum membuat keputusan, sbb aku tk pergi survey lagi, apa apa decision aku decide kat sana je laa, apa apa hal minta tlong je la sape2 kt sana, sebab kebanyakan kawan kawan aku yg sama belajar kt uitm perlis kebetulan  sama U , hehe walaupun ada ssesetengah dapat kt seremban 3 tu bgi orang yg amik kos math, yg amik kos cs ada dapat kt uitm shah alam, uitm dungun, yang dungun tu yang kesian, hoho, jauh bebenor haha, macam kawan aku si nazerul la, kesian dia dapat jauh noh sana,, bye2 la nazerul, nanti pandai2 la ko cari teman belajar, aku da tk sama tempat belajar dengan ko, nanti tak boleh belajar sama2 da, ecececehh, hahaha

okay la setakat ni je la eden nak story mory, hehe, haaa, pasal pergi korea tu tunjuk gambar je laa, tk pandai sangat la nk story mory sgt pasal kt sana, panjang lebar sgt, malas nak taip sebenornyeee,, heheh
so kepada kawan kawan kesayangan ku dan kawan2 sape2 yang sambung belajar tu hope dapat belajar dengan hati yang tenang, dan niat kan kat dalam hati kita sama2 mencari ilmu kerana Allah, bukan kerana sijil kita dapat ataupun result, kita menimba ilmu ni kerana Allah insya-Allah ilmu yang kita terima ni tak kan sia sia mcm tu sahaja malahan akan menjadi berguna untuk kita, ibubapa dan untuk orang lain. dan jadilah kebanggan ibubapa insya-Allah aminn :)

wasalamm